Waris-waris perempuan yang berhak mewarisi harta pusaka ialah:

  1. Anak perempuan (AP)
  2. Cucu perempuan daripada anak lelaki (CP) dan ke bawah
  3. Ibu
  4. Nenek sebelah ibu dan ke atas
  5. Nenek sebelah bapa dan ke atas
  6. Saudara seibu sebapa perempuan (SIBP)
  7. Saudara sebapa perempuan (SBP)
  8. Saudara seibu perempuan (SIP)
  9. Isteri
  10. Tuan yang membebaskan hamba

Sekiranya seseorang si mati meninggalkan semua waris perempuan tanpa waris lelaki, hanya LIMA (5) orang waris perempuan sahaja yang layak mewarisi pusaka.

  • Anak perempuan
  • Cucu perempuan daripada anak lelaki (jika si mati hanya ada seorang anak perempuan)
  • Ibu
  • Saudara perempuan seibu sebapa
  • Isteri