1. Pemohon hendaklah mengikut kategori keutamaan seperti berikut:
    • Waris Ashabul Furud. (isteri, suami, ibu, bapa, anak Kandung, saudara seibu, saudara seibu sebapa atau saudara sebapa)
    • Waris Dhawil al-Arham. (Contoh: anak lelaki kepada saudara seibu sebapa perempuan)
    • Anak tiri / anak tak sah taraf.
    • Anak angkat / anak susuan.
    • Waris melalui sebab perkahwinan.
    • Waris si mati yang bukan beragama Islam.
    • Orang awam.
    • Pihak yang berkepentingan ke atas harta pusaka si mati.
  2. Pemohon perlulah mengemukakan dokumen yang lengkap dan sah kepada MAIS semasa mengemukakan permohonan.
  3. Pemohon perlulah pada bila-bila masa memberi kerjasama kepada MAIS untuk mengemukakan atau menyerahkan dokumen asal milik si mati atau harta si mati kepada MAIS.
  4. Pemohon perlulah akur dan bersetuju dengan fi yang telah ditetapkan atau akan dikenakan oleh MAIS semasa atau setelah pengurusan kes selesai.
  5. Semua maklumat dan keterangan yang dikemukakan oleh pemohon adalah sah dan jika berlaku pemalsuan dokumen atau sebagainya, MAIS berhak membatalkan, menolak dan mengambil tindakan di atas kesalahan tersebut.

Klik link ini untuk membuat permohonan: Sistem E-Faraid