1. Membunuh

Ulama telah sepakat bahawa membunuh adalah antara perkara yang menghalang seseorang itu daripada mewarisi harta pusaka orang yang dibunuhnya. Hadis daripada Abdullah bin Amru r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ليس للقاتِلِ شيءٌ 

Yang bermaksud:  “Pembunuh tidak layak menerima apa-apa (mewarisi harta pusaka).” (Riwayat Abu Daud)

  1. Berlainan Agama

Perbezaan agama antara Islam dan bukan Islam akan menghalang kedua-duanya daripada mewarisi pusaka. Hadis daripada Usamah bin Zaid r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لا يرِثُ المسلمُ الكافرَ ولا الكافِرُ المُسْلِمَ

Yang bermaksud: “Orang Islam tidak mewarisi orang kafir dan orang kafir tidak mewarisi orang Islam.” (Riwayat al-Bukhari)

  1. Murtad

Seseorang yang murtad iaitu keluar daripada agama Islam tidak berhak mewarisi pusaka si mati beragama Islam. Ia sama dengan kedudukannya dengan mereka yang berlainan agama.

  • Perhambaan

Seseorang hamba yang masih dimiliki oleh tuannya tidak boleh mewarisi pusaka pewarisnya yang merdeka.