Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) adalah badan berautoriti yang diamanahkan untuk menguruskan dana dan harta umat Islam dalam negeri Selangor.

Sebagai badan yang mengelola Baitulmal, MAIS komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan menjadi tempat rujukan utama dalam urusan pentadbiran harta pusaka orang Islam.

Oleh yang demikian, MAIS telah melakukan anjakan paradigma dengan mewujudkan Sistem e-Faraid MAIS. Sistem ini yang merupakan sistem yang pertama seumpamanya diwujudkan oleh Majlis Agama Islam Negeri adalah sebuah sistem yang dibangunkan merangkumi:

  • Perkhidmatan pengurusan harta pusaka secara atas talian;
  • Kalkulator pengiraan secara faraid; dan
  • Pengurusan fail serta pelaporan untuk pegawai yang mengurus.

Semoga dengan wujudnya sistem ini akan memberikan pelbagai faedah dan manfaat kepada seluruh umat Islam dan mendidik masyarakat untuk membuat pembahagian harta pusaka dengan adil mengikut hukum syarak.