Masalah musytarikah atau perkongsian adalah masalah berkaitan bahagian saudara seibu sebapa dikongsikan dengan bahagian yang diwarisi oleh saudara seibu sebanyak 1/3 bahagian.

  • Keadaan ini berlaku apabila si mati meninggalkan suami, ibu atau nenek, saudara seibu sebapa lelaki sama ada bersama saudara seibu sebapa perempuan atau tidak dan 2 orang atau lebih saudara seibu lelaki atau perempuan.
  • Kaedah biasa, saudara seibu sebapa lelaki akan mewarisi secara asobah. Oleh kerana kesemua harta telah dihabiskan oleh ketiga-tiga waris fardu, saudara seibu sebapa tidak mendapat apa-apa, berbanding saudara seibu yang mendapat 2/6 bahagian.

Pembahagian Asal:

  6
Suami1/23
Ibu1/61
2 SIP1/32
1 SIBLAsobah0
  • Pada awalnya Saidina Umar r.a. telah memutuskan masalah ini dengan meletakkan kedudukan saudara seibu sebapa lelaki sebagai asobah dan tidak mendapat apa-apa bahagian.
  • Namun, jika diamati, saudara seibu sebapa lebih layak menerima pusaka berbanding saudara seibu berdasarkan kekuatan hubungannya dengan si mati. Bantahan telah dibuat oleh saudara seibu sebapa dengan alasan sekiranya bapa mereka tidak diambil kira, mereka mempunyai ibu yang sama. Oleh itu sewajarnya mereka mewarisi bersama saudara seibu.
  • Berdasarkan kepada alasan tersebut, Saidina Umar r.a. telah mengubah pembahagian asal dengan menganggap saudara seibu sebapa sabagai saudara seibu dan membahagikan 1/3 bahagian yang diperoleh oleh saudara seibu itu kepada saudara-saudara si mati sama banyak.

Penyelesaian:

618
Suami1/239
Ibu1/613
2 SIP
1 SIBL
1/32
0
4
2