Munasakhat berasal daripada perkataan nasakha dalam bahasa Arab yang bermaksud pindah, hapus atau batal. Menurut istilah ilmu faraid, munasakhat bermaksud sebahagian daripada waris yang menerima harta pusaka meninggal dunia sebelum harta pusaka seseorang si mati dibahagikan kepadanya dan bahagiannya dipindahkan kepada waris lain.

Contohnya, si mati (si mati 1) meninggalkan seorang isteri, ibu, tiga anak lelaki dan dua anak perempuan. Sebelum sempat harta pusaka tersebut dibahagikan kepada waris-waris yang berhak, ibu si mati (si mati 2) meninggal dunia menyebabkan bahagian si mati 2 tersebut berpindah kepada waris-warisnya pula. Dalam keadaan ini, ia boleh disebut sebagai kematian berlapis yang mana dalam satu harta pusaka wujud dua kematian, iaitu kematian si mati 1 (pemilik harta) dan kematian si mati 2 (waris si mati 1) sebelum harta pusaka si mati 1 dibahagikan.

Kematian berlapis berlaku disebabkan oleh dua keadaan iaitu sama ada ia sememangnya telah ditakdirkan oleh Allah SWT atau disengajakan kerana waris melengah-lengahkan pembahagian harta pusaka.

Kaedah Pengiraan Munasakhat

Penentuan waris dan bahagian faraid si mati 1

  6
Ibu1/3 Baki1
BapaAsobah2
Suami1/23

Penentuan waris dan bahagian farad si mati 2

  3
SIBL
SIBP
 Asobah2
1

Cara Pengiraan Munasakhat

11
636
Ibu11
Bapa22
Suami3Mati0
SIBL02
SIBP1