Masalah ‘umariyyatain dinamakan bersempena dengan keputusan yang dibuat oleh Saidina Umar r.a. dalam dua kes khusus iaitu:

  1. Si mati meninggalkan:
    • Ibu
    • Bapa
    • Isteri
  2. Si mati meninggalkan:
    • Ibu
    • Bapa
    • Suami

Ibu akan mendapat 1/3 baki setelah diberi bahagian suami atau isteri. Masalah ini juga disebut sebagai Gharrawain yang bermaksud dua yang terang iaitu sebagai gambaran tentang jelas dan masyhurnya masalah ini sehingga diterima pakai oleh jumhur ulama.

Contoh 1:

  4
Isteri1/41
Ibu1/3 Baki1
BapaAsobah2

Isteri mendapat 1/4 bahagian kerana si mati tidak mempunyai keturunan ke bawah dan baki setelah diberi bahagian isteri adalah 3/4  bahagian.  Ibu mendapat 1/3 daripada 3/4 bersamaan 1/4 (1/3 x 3/4 = 1/4 ). Ini bermakna, ibu mendapat 1/4 daripada keseluruhan harta pusaka.

Contoh 2:

  6
Suami1/23
Ibu1/3 Baki1
BapaAsobah2

Suami mendapat 1/2 bahagian kerana si mati tidak meninggalkan keturunan ke bawah dan baki setelah diberi bahagian suami ialah 1/2 bahagian. Ibu mendapat 1/3 daripada 1/2 bersamaan 1/6 (1/3 x 1/2 = 1/6). Ini bermakna, ibu mendapat 1/6 daripada keseluruhan harta pusaka.