Fardu menurut istilah ilmu faraid adalah kadar bahagian harta pusaka yang akan diwarisi oleh seseorang waris yang telah ditetapkan oleh Hukum Syarak. Sebagai contoh, bahagian isteri telah ditetapkan sebanyak 1/4 bahagian sekiranya si mati tiada anak, dan telah ditetapkan sebanyak 1/8 bahagian sekiranya si mati meninggalkan anak.

Kadar bahagian waris-waris fardu adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam al-Quran sebanyak 6 bahagian iaitu 1/2, 1/3, 2/3, 1/4, 1/6 dan 1/8. Selain itu, terdapat satu bahagian waris fardu yang diputuskan berdasarkan ijtihad sahabat-sahabat Rasulullah SAW iaitu 1/3 baki (1/3 baki daripada baki harta setelah ditolak bahagian fardu yang lain). Bahagian fardu 1/3 baki ini hanya tertentu dalam masalah ‘Umariyyatain / Gharrawain sahaja.

1/21/32/31/41/61/81/3 Baki

Waris-waris yang tergolong sebagai waris fardu ialah isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.

Dalil-dalil al-Quran berkaitan waris-waris fardu adalah seperti berikut:

  1. 1/2 :

وَلَكُمْ نِصْفُ مَا تَرَكَ أَزْوَاجُكُمْ إِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُنَّ وَلَدٌ

  1. 1/3 :

فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ وَلَدٌ وَوَرِثَهُ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ الثُّلُثُ

  1. 2/3 :

فَإِنْ كُنَّ نِسَاءً فَوْقَ اثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَ

  1. 1/4 :

فَإِنْ كَانَ لَهُنَّ وَلَدٌ فَلَكُمُ الرُّبُعُ مِمَّا تَرَكْنَ

  1. 1/6 :

وَإِنْ كَانَ رَجُلٌ يُورَثُ كَلَالَةً أَوِ امْرَأَةٌ وَلَهُ أَخٌ أَوْ أُخْتٌ فَلِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا السُّدُسُ

  1. 1/8 :

فَإِنْ كَانَ لَكُمْ وَلَدٌ فَلَهُنَّ الثُّمُنُ مِمَّا تَرَكْتُمْ

Kadar Bahagian Waris Fardu

1/2 Bahagian

WarisSyarat
SuamiTiada keturunan ke bawah
1 Anak PerempuanTiada anak lelaki
1 Cucu PerempuanTiada anak lelaki/perempuan, tiada cucu lelaki
1 Saudara Seibu Sebapa PerempuanTiada bapa, tiada datuk, tiada keturunan ke bawah dan tiada saudara seibu sebapa lelaki
1 Saudara Sebapa PerempuanTiada bapa, tiada datuk, tiada keturunan ke bawah, tiada saudara seibu sebapa lelaki dan perempuan dan tiada saudara sebapa lelaki.

1/3 Bahagian

WarisSyarat
IbuTiada keturunan ke bawah dan tiada berbilang saudara sama ada seibu sebapa, sebapa dan seibu lelaki / perempuan.
2 Saudara Lelaki / Perempuan Seibu atau LebihTiada anak lelaki

1/4 Bahagian

WarisSyarat
SuamiMempunyai keturunan ke bawah
IsteriTiada keturunan ke bawah

2/3 Bahagian

WarisSyarat
2 Anak Perempuan atau LebihTiada keturunan ke bawah
2 Cucu Perempuan atau LebihTiada anak lelaki
2 Saudara Seibu Sebapa Perempuan atau LebihTiada bapa, tiada datuk, tiada keturunan ke bawah dan tiada saudara seibu sebapa lelaki
2 Saudara Sebapa Perempuan atau LebihTiada bapa, tiada datuk, tiada keturunan ke bawah, tiada saudara seibu sebapa lelaki dan perempuan dan tiada saudara sebapa lelaki

1/6 Bahagian

WarisSyarat
BapaMempunyai keturunan ke bawah
IbuMempunyai keturunan ke bawah, berbilang saudara sama ada saudara seibu sebapa, sebapa, seibu lelaki / perempuan
DatukMempunyai keturunan ke bawah, tiada bapa dan tiada saudara seibu sebapa dan sebapa
NenekSebelah bapa; Tiada ibu, Sebelah bapa; Tiada ibu dan bapa
Cucu PerempuanMempunyai 1 anak perempuan dan tiada anak lelaki / cucu lelaki
Saudara Sebapa PerempuanMempunyai saudara seibu sebapa perempuan, tiada bapa / datuk dan tiada saudara seibu sebapa lelaki / sebapa lelaki
1 Saudara Seibu sama ada Lelaki atau PerempuanTiada keturunan ke bawah dan tiada keturunan lelaki ke atas

1/8 Bahagian

WarisSyarat
IsteriMempunyai keturunan ke bawah

1/3 Baki

WarisSyarat
IbuSekiranya si mati meninggalkan:
a. Ibu, bapa dan suami
b. Ibu, bapa dan isteri