‘Aul merupakan salah satu kaedah yang unik dalam ilmu faraid yang mana melalui kaedah ini seseorang waris akan menerima kurang daripada apa yang patut diperolehinya. Ia berlaku dengan bertambahnya angka pembawah dan melalui pertambahan ini akan mengurangkan kadar bahagian waris-waris yang asalnya mendapat bahagian yang lebih banyak.

Kaedah ‘aul bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan bahagian waris fardu yang mana setiap waris fardu berhak mendapat bahagian masing-masing dan tidak boleh dikurangkan bahagian mereka.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu jika dibahagikan mengikut bahagian masing-masing, harta yang ada tidak akan dapat dibahagikan kepada semua waris fardu yang terlibat.

Masalah ‘aul hanya terjadi kepada waris fardu sahaja dan tidak melibatkan waris asobah. Ini kerana waris asobah hanya menerima baki sahaja. Tiada bahagian untuk asobah jika tiada baki.

‘Aul hanya berlaku dalam beberapa masalah tertentu sahaja iaitu masalah 6, masalah 12 dan masalah 24 yang akan di’aulkan kepada angka tertentu seperti berikut:

  1. Masalah 6 di’aulkan kepada 7
  2. Masalah 6 di’aulkan kepada 8
  3. Masalah 6 di’aulkan kepada 9
  4. Masalah 6 di’aulkan kepada 10
  5. Masalah 12 di’aulkan kepada 13
  6. Masalah 12 di’aulkan kepada 15
  7. Masalah 12 di’aulkan kepada 17
  8. Masalah 24 di’aulkan kepada 27

Contoh: Masalah 12 di’aulkan dengan 15

  1215
2 Anak Perempuan2/388
Suami1/433
Bapa1/622
Ibu1/622

Oleh yang demikian, kaedah ‘aul merupakan jalan penyelesaian yang mana angka pembawah dibesarkan sejajar dengan jumlah saham yang diperoleh oleh kesemua waris.