Waris-waris lelaki yang berhak mewarisi harta pusaka ialah:

  1. Anak lelaki (AL)
  2. Cucu lelaki daripada anak lelaki (CL) dan ke bawah
  3. Bapa
  4. Datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) dan ke atas
  5. Saudara seibu sebapa lelaki (SIBL)
  6. Saudara sebapa lelaki (SBL)
  7. Saudara seibu lelaki (SIL)
  8. Anak saudara seibu sebapa lelaki (ASIBL) dan ke bawah
  9. Anak saudara sebapa lelaki (ASBL) dan ke bawah
  10. Bapa saudara seibu sebapa (BSIB)
  11. Bapa saudara sebapa (BSB)
  12. Anak lelaki kepada bapa saudara seibu sebapa (sepupu SIBL) dan ke bawah
  13. Anak lelaki kepada bapa saudara sebapa (sepupu SBL) dan ke bawah
  14. Suami
  15. Tuan yang membebaskan hamba

Jika seseorang meninggal dunia meninggalkan semua waris lelaki sahaja tanpa waris perempuan, hanya TIGA (3) waris lelaki sahaja yang layak mewarisi pusaka.

  • Bapa
  • Suami
  • Anak lelaki