Pendindingan kurang bermakna seseorang waris itu mendapat bahagian daripada banyak kepada sedikit dengan sebab adanya waris lain.

Terdapat 7 golongan waris fardu yang terlibat dalam pendindingan kurang iaitu suami, isteri, ibu, cucu perempuan, saudara sebapa perempuan, bapa dan datuk.

Sebagai contoh, Ibu mendapat 1/3 bahagian namun terdinding secara berkurangan kepada 1/6 bahagian apabila si mati mempunyai keturunan ke bawah (anak atau cucu) atau si mati mempunyai berbilang saudara lelaki atau perempuan seibu sebapa, sebapa atau seibu.

Keturunan ke bawah iaitu anak, cucu dan seterusnya boleh dikatakan sebagai waris paling utama. Kewujudan mereka boleh menyebabkan bahagian waris-waris lain terdinding sebahagiannya (daripada banyak kepada sedikit), bahkan boleh mendindingkan semua bahagian waris-waris lain yang lebih jauh seperti mana pendindingan semua.