Pendindingan ialah seseorang waris ditegah daripada mewarisi harta pusaka sama ada daripada banyak kepada sedikit atau sama ada terdinding kerana adanya waris-waris lain.

Contohnya, suami mendapat 1/2 bahagian sekiranya si mati tidak meninggalkan anak. Sekiranya si mati meninggalkan anak, suami akan mendapat 1/4 bahagian. Ini bermaksud, kewujudan anak telah mendindingkan sebahagian daripada bahagian suami. Begitu juga datuk mendapat asobah, tetapi terdinding sepenuhnya dengan kewujudan bapa.  

Pendindingan dibahagikan kepada dua:

  1. Pendindingan kurang (Hijab Nuqsan)
  2. Pendindingan semua (Hijab Hirman)