- Pemohon perlulah terdiri daripada individu, syarikat, pertubuhan, jabatan atau mana-mana agensi yang boleh memiliki harta.
- Keutamaan bagi kategori pemohon adalah seperti berikut :
- Pemilik bersama (hak syuf’ah);
- Mana-mana individu yang mempunyai kepentingan; atau
- Orang awam.
- Pemohon hendaklah berusia 18 tahun ke atas pada tarikh permohonan.
- Pemohon mestilah mempunyai latar belakang kewangan yang memuaskan.
- Pemohon perlulah mengemukakan dokumen yang lengkap dan sah kepada MAIS semasa mengemukakan permohonan.
- Pemohon hendaklah mendapatkan akuan persetujuan daripada waris-waris si mati.
- Pemohon mestilah mempunyai latar belakang kewangan yang memuaskan.
- Pemohon perlulah akur dan bersetuju dengan nilaian yang akan ditetapkan oleh MAIS atau mana-mana nilaian yang diiktiraf oleh MAIS.
- Pemohon perlulah bertanggungjawab menguruskan sendiri segala proses teknikal seperti pindahmilik, consent dan sebagainya di agensi berkaitan dengan harta yang dibeli, setelah selesai pembayaran di MAIS.
- Semua maklumat dan keterangan yang dikemukakan oleh pemohon adalah sah dan jika berlaku pemalsuan dokumen atau sebagainya, MAIS berhak membatalkan, menolak dan mengambil tindakan di atas kesalahan tersebut.
Klik link ini untuk membuat permohonan: Sistem E-Faraid