- Pemohon yang layak membuat permohonan perlulah mengikut keutamaan kategori seperti berikut:
- Waris si mati (isteri, suami, ibu, bapa, anak kandung, anak tiri, anak angkat, saudara seibu, saudara seibu sebapa atau saudara sebapa)
- Waris si mati yang bukan beragama Islam.
- Pemilik bersama (hak syuf’ah).
- Orang awam.
- Pemohon perlulah mengemukakan dokumen yang lengkap dan sah kepada MAIS semasa mengemukakan permohonan.
- Pemohon perlulah pada bila-bila masa memberi kerjasama kepada MAIS untuk mengemukakan atau menyerahkan dokumen asal pengenalan atau harta si mati kepada MAIS.
- Semua maklumat dan keterangan yang dikemukakan oleh pemohon adalah sah dan jika berlaku pemalsuan dokumen atau sebagainya, MAIS berhak membatalkan, menolak dan mengambil tindakan di atas kesalahan tersebut.
Klik link ini untuk membuat permohonan: Sistem E-Faraid