Pendindingan semua bermaksud seseorang waris itu gugur sama sekali haknya daripada mendapat harta pusaka dengan sebab adanya waris lain yang lebih hampir atau lebih kuat daripadanya.
Contohnya anak lelaki mendindingkan cucu kerana anak lelaki lebih hampir dengan si mati berbanding cucu dan bapa mendindingkan datuk kerana bapa lebih dekat dengan si mati berbanding datuk.
Waris-waris yang terlibat dengan pendindingan semua adalah terdiri daripada waris ganti dan waris kedua. Mereka ialah:
- Cucu dan ke bawah
- Datuk dan ke atas
- Nenek dan ke atas
- Saudara seibu sebapa
- Saudara sebapa
- Saudara seibu
- Anak saudara dan semua waris yang lebih jauh yang mewarisi secara asobah
Manakala waris-waris yang tidak terlibat dengan pendindingan semua adalah 6 golongan iaitu anak lelaki, anak perempuan, ibu, bapa, suami dan isteri. Sekiranya si mati meninggalkan waris-waris ini, mereka berhak mewarisi harta pusaka.