- Tuntutan fardu kifayah kepada umat Islam supaya ilmu ini tidak dilupakan;
- Mengelakkan waris atau sesiapa sahaja memakan harta secara haram;
- Mendidik waris supaya tidak bersikap tamak haloba dan merampas hak orang lain;
- Menghindarkan salah faham dan mengelakkan terputusnya hubungan silaturrahim; dan
- Menyegerakan agihan harta pusaka dan membuat perancangan harta semasa hidup.